3 Dimensi Tentang Hidup Yang Baik
Dalam kehidupan yang sekejap ini, apa yang kita inginkan biasanya banyak dan pelbagai macam. Sampai satu masa, tidak terhitung keenakan, kelazatan dan kemudahan yang kita inginkan. Maka tidak pelik jika manusia itu hanya bersujud dan merayu saat dia menagih sesuatu. Kerana dia tahu, ada kekuasaan yang lebih Esa yang mampu mengubah takdirnya.
Sedangkan hidup yang baik itu cuma boleh dijalani hanya apabila kita berjalan di atas hidup yang gembira, hidup yang bermakna dan hidup yang lengkap.
Tentang Hidup Yang Sempurna
Ada 3 benda yang kau kena sedar tentang hidup yang sempurna.
- Hidup yang sempurna itu tidak pernah wujud.
- Hidup yang sempurna hanya wujud kalau kau masuk ke syurga bersyarat kau mati.
- Apa yang kau inginkan sebenarnya adalah hidup yang baik.
- Kalau kau masih tidak berpuas hati, ulang baca poin 1 semula.
Cara kau, cara aku, bahkan cara pembaca lain yang sedang baca baris tulisan ini berbeza dalam menilai kehidupan. Ada orang yang sudah capai tahap yang kau belum capai. Maka, pemahamannya tentang kehidupan tidak akan sama dengan kau.
Ada orang, sedang cuba sedaya yang mungkin untuk capai apa yang kau sudah capai bertahun lamanya. Dia sedang menuju ke arah cara…