Member-only story

3 Dimensi Tentang Hidup Yang Baik

Mehmed Aezhad

--

Dalam kehidupan yang sekejap ini, apa yang kita inginkan biasanya banyak dan pelbagai macam. Sampai satu masa, tidak terhitung keenakan, kelazatan dan kemudahan yang kita inginkan. Maka tidak pelik jika manusia itu hanya bersujud dan merayu saat dia menagih sesuatu. Kerana dia tahu, ada kekuasaan yang lebih Esa yang mampu mengubah takdirnya.

Sedangkan hidup yang baik itu cuma boleh dijalani hanya apabila kita berjalan di atas hidup yang gembira, hidup yang bermakna dan hidup yang lengkap.

Tentang Hidup Yang Sempurna

Ada 3 benda yang kau kena sedar tentang hidup yang sempurna.

  1. Hidup yang sempurna itu tidak pernah wujud.
  2. Hidup yang sempurna hanya wujud kalau kau masuk ke syurga bersyarat kau mati.
  3. Apa yang kau inginkan sebenarnya adalah hidup yang baik.
  4. Kalau kau masih tidak berpuas hati, ulang baca poin 1 semula.

Cara kau, cara aku, bahkan cara pembaca lain yang sedang baca baris tulisan ini berbeza dalam menilai kehidupan. Ada orang yang sudah capai tahap yang kau belum capai. Maka, pemahamannya tentang kehidupan tidak akan sama dengan kau.

Ada orang, sedang cuba sedaya yang mungkin untuk capai apa yang kau sudah capai bertahun lamanya. Dia sedang menuju ke arah cara kau memahami kehidupan.

Apa yang berbeza? Cara fikir atau mindset.

Cara fikir atau mindset adalah, beberapa siri persepsi atau kepercayaan orang terhadap diri mereka sendiri. Inilah yang menentukan tingkah laku, pandangan dan sikap mental mereka. Dalam buku ‘Mindset’ tulisan Carol Dwek, dia menjelaskan yang kejayaan datang daripada cara fikir yang betul. Bukanlah kebijaksanaa, bakat dan pendidikan.

Bila aku lihat gambar rajah ini, aku ambil kurang lebih 15 minit untuk faham konteksnya. Dan akhirnya, aku mampu kaitkan dan simpulkan dengan dimensi hidup yang baik menurut pandangan aku.

Hidup yang baik adalah berkaitan pilihan, tujuan dan sifat ingin tahu.

  1. Lebih banyak pilihan dalam hidup akan…

--

--

No responses yet