Member-only story

4 Cara Fikir Untuk Jadi Digital Marketer Yang Lebih Baik

Mehmed Aezhad

--

Dalam artikel ini, aku tak akan sentuh langsung bab teknikal dalam digital marketing.

Puncanya, aku nak artikel ini dibaca 1,000 tahun lagi oleh ramai orang yang buntu akan cara fikir sebenar seorang digital marketer.

Teknikal dalam digital marketing akan berubah sepantas 4 bulan atau sekurang-kurangnya setiap 12 bulan.

Tetapi cara fikir dalam menjadi seorang digital marketer akan kekal selama-lamanya.

Apa yang akan kau baca dalam artikel ini adalah cara fikir dan fundamental seorang digital marketer berdasarkan learning curve yang aku lalui sepanjang 6 tahun sebagai digital marketer dalam pelbagai industri.

Cara fikir menjadi seorang digital marketer yang lebih baik

Fundamental Asas Dalam Marketing

Pertama, kebanyakan marketer amatur dan tidak terbatas di Malaysia sahaja, terlalu fokus pada taktik dan strategi terkini digital marketing.

Sedangkan, advanced marketer kekal pada basic dan fundamental.

Advanced marketer tidak terlalu fokus pada cara terkini, cara viral atau marketing tools.

Sungguhpun ada marketing tool yang terbaru, mereka akan ambil masa 5 hari — 7 hari untuk belajar gunakan tools tersebut.

Kemudian, kembali dengan rutin harian seperti biasa.

Dan bila aku sedar tentang perkara ini, aku sangat terkejut kerana aku ketika itu (amatur marketer) memang sibuk siang dan malam membedah rahasia, taktik dan strategi terkini dari blog-blog marketing.

Di hujung hari, semuanya berbalik kepada dua fundamental asas marketing yaqni :-

  • PGH (Pain, Gain, Hook)
  • Ad Grid Formula

PGH atau Pain, Gain, Hook adalah satu formula simple yang membolehkan kau tahu realiti yang dihadapi audiens dan solusi sebenar yang mereka perlukan.

--

--

No responses yet