5 Benda Sedap Dalam Content Marketing
Content marketing adalah aktiviti membina content dalam bentuk artikel, video atau sosial media posting.
Hari ini, semua orang buat content samada dalam bentuk short video di TikTok, Instagram, Facebook atau YouTube, thread yang interaktif di Twitter atau posting yang panjang di Facebook.
Dalam konteks content marketing, sosial media adalah senjata paling ampuh dan terpenting content distribution.
Maknanya, hari ini kalau kau buat content dan tidak post di sosial media, content kau itu hampir tak berguna sama sekali.
Ada orang kata buat content marketing ini rugi.
Alasannya?
Sukar nak measure kejayaan dalam content marketing.
Akhirnya, kau tak tahu adakah content yang kau buat itu berjaya mendatangkan hasil pada bisnes dan brand kau.
Sebenarnya, ini cara fikir yang salah. Content marketing boleh disukat kejayaannya tapi, bukan secepat mungkin.
Logiknya, digital marketer adalah manusia yang bijak. Adakah mereka akan buat aktiviti yang tak mendatangkan hasil?