6 Benda Perlu Diselesaikan Sebelum Cari Investor (Pengalaman Peribadi)

Mehmed Aezhad
3 min read5 days ago

--

Aku pernah berada dalam satu fasa yang aku perlukan duit untuk mula bisnes yang aku percaya boleh duit.

Modal yang aku perlukan sekitar RM50,000 — RM200,000 sahaja.

Apa yang aku buat? Aku cari orang terkaya yang aku kenal dan ada track record yang bagus dalam membangunkan bisnes dengan jualan RM10 juta setahun.

Aku sampaikan hasrat dan hajat hati. Tapi, jawapan dan penjelasan yang dia beri kepada aku buat aku terkejut!

Nota : Ini adalah pengalaman peribadi aku dan tidak semestinya sama dengan investor yang kau jumpa kelak.

6 Benda Perlu Diselesaikan Sebelum Cari Investor

Sebagai pemula, kau kena ingat yang menjadi usahawan (business owner) bukanlah kemuncak dalam hidup. Kemuncak sebenar adalah bila kau ada beberapa orang usahawan yang bekerja untuk kau dan bagi cash cow kepada kau.

Dalam konteks ini, kau adalah investor (pelabur).

Kau akan faham perkara ini kalau baca buku Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki.

Apa yang perlu diselesaikan sebelum investor berminat untuk invest duit pada bisnes kau? Ini dia.

  1. Pastikan bisnes kau ada demand — Cara : Dapatkan data berapa orang yang perlukan bisnes/servis kau dan berapa spending power mereka. Soalan seperti berapa AOV dan ARR akan datang selanjutnya.
  2. Kira berapa gross profit bisnes itu — Cara : Kau kena ada rekod P&L. ini bermakna, bisnes kau dah berjalan. Bukan baru nak buat. Mereka perlukan data untuk lihat profit margin kau sihat atau tidak. Jika tidak, mereka boleh usulkan solusi untuk tinggikan margin tanpa buat sales.
  3. Bagaimana execution part — Mereka nak tahu siapa core people yang kau dalam tim, dan core people yang kau tiada dan perlukan untuk grow bisnes itu.
  4. Bagaimana BAU — BAU bermaksud business-as-usual dan bagaimana proses dan gerak kerja BAU bisnes kau setiap hari.

Bahagian Paling Sukar

  1. Apa Peluang Untuk Scale — Let say mereka invest RM100,000, kau kena demonstrate apa strategi dan roadmap untuk kau scale bisnes itu dan ini termasuk :
  • Market segmentation
  • Market positioning
  • Market roadmap
  • Market share

2. A Talent — Siapa A-Talent dalam industri kau yang bila kau hire, dia akan bantu kau capai expontential growth. Kau kena invest masa untuk cari dan berkawan dengan orang industri untuk tahu individu ini.

Pertemuan singkat itu buatkan aku sedar sebenarnya hierarki dalam dunia ini sebenarnya berbeza.

Satu sisi lain, aku dapat faham dan belajar cara fikir seorang investor.

Moga, kau pun belajar sesuatu dari tulisan ini.

--

--

Mehmed Aezhad
Mehmed Aezhad

Written by Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.

No responses yet