Member-only story
Biar Pelanggan Tulis Copywriting Iklan Kita
Copywriting yang terbaik, bila dibaca seolah-olah ditulis oleh pelanggan. Itu hakikat sebenar dalam dunia pengiklanan konvensional dan digital.
Harry Dry dari Marketing Examples menjelaskan yang teknik untuk dapatkan pelanggan menulis copywriting untuk iklan kita adalah dengan bertanya soalan.
Tanya soalan dalam bentuk maklumbalas yang sangat ringkas dan mudah untuk pelanggan anda faham.
Apa yang menarik, maklumbalas ini boleh dibuat dengan cara :
- Blast ke database
- Buat posting di sosial media
- Sebaran link Google Form ke pelanggan
Tulisan saya kali ini akan tunjuk step-by-step apa yang anda perlu buat dan bagaimana gunakan maklumbalas itu dengan cara yang betul.
Cara Biar Pelanggan Tulis Copywriting Iklan Kita
Ada empat cara untuk teknik ini yang anda boleh cuba hari ini. Follow step-by-step di bawah dengan tenang dan teliti :
- Rangka soalan maklumbalas (feedback)
- Pilih feedback terbaik (ada unsur perubahan hidup)
- Tulis copywriting iklan berdasarkan maklumbalas terbaik
- Uji copywriting tersebut secara organik atau iklan berbayar
Tapis Maklumbalas Yang Anda Terima
Sentiasa ingat yang manusia itu makhluk yang penuh dengan emosi dan nafsu. Anda patut bersyukur jika pelanggan anda bernafsu untuk menulis dan hantar maklumbalas kepada anda.
Oleh itu, penting untuk anda tapis setiap informasi yang diterima menerusi maklumbalas itu.
Triknya, ambil maklumbalas yang ada elemen :
- BAB (Before-After-Bridge)
- Perubahan hidup yang berlaku