Cara Buat Keputusan Lebih Cepat Tanpa Buang Masa

Mehmed Aezhad
2 min readApr 30, 2023

Lazimnya, manusia buat banyak keputusan besar berdasarkan emosi. Jarang sekali manusia menggunakan logik.

9 dari 10 manusia membuat transaksi pembelian kerana dijentik emosi ekoran :

  • Ads copywriting yang ada injeksi emosi pada headline
  • Galakan dari individu terdekat, organisasi dan masyarakat
  • Produk/servis yang menjadi trend semasa dan ingin dilihat up-to-date

Masalahnya, manusia cenderung untuk bersifat berat sebelah dalam membuat keputusan, lebih — lebih lagi keputusan besar yang akan membentuk hidup mereka.

Terlalu lama buat keputusan juga akan memakan diri dan akan beri kesan negatif pada produktiviti dan output.

Ada peribahasa menarik dari Phil Jackson tentang betapa buruk akibat kalau kita lambat buat keputusan yang tepat.

Buat Keputusan Baik vs Terbaik

Agak mudah kalau kita nak buat keputusan di antara baik dan buruk.

Contohnya, mudah untuk kita buat keputusan samada menginap di hotel bajet dan hotel lima bintang di depan KLCC.

Yang sukar adalah untuk buat keputusan yang baik dengan yang terbaik.

--

--

Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.