Member-only story
Cara Buat Keputusan Lebih Cepat Tanpa Buang Masa
Lazimnya, manusia buat banyak keputusan besar berdasarkan emosi. Jarang sekali manusia menggunakan logik.
9 dari 10 manusia membuat transaksi pembelian kerana dijentik emosi ekoran :
- Ads copywriting yang ada injeksi emosi pada headline
- Galakan dari individu terdekat, organisasi dan masyarakat
- Produk/servis yang menjadi trend semasa dan ingin dilihat up-to-date
Masalahnya, manusia cenderung untuk bersifat berat sebelah dalam membuat keputusan, lebih — lebih lagi keputusan besar yang akan membentuk hidup mereka.
Terlalu lama buat keputusan juga akan memakan diri dan akan beri kesan negatif pada produktiviti dan output.
Ada peribahasa menarik dari Phil Jackson tentang betapa buruk akibat kalau kita lambat buat keputusan yang tepat.
Buat Keputusan Baik vs Terbaik
Agak mudah kalau kita nak buat keputusan di antara baik dan buruk.
Contohnya, mudah untuk kita buat keputusan samada menginap di hotel bajet dan hotel lima bintang di depan KLCC.
Yang sukar adalah untuk buat keputusan yang baik dengan yang terbaik.
Contohnya, buat keputusan untuk mengahwini dua pilihan hati.
Tenang.
Masalah ini sebenarnya telah pun dibincangkan, didebatkan dan didokumenkan oleh ramai orang bijak pandai sebelum kita semua wujud di dunia.
Ikut cara untuk buat keputusan dengan cepat tanpa buang masa di bawah.
- Kurangkan Semua Pilihan Yang Ada
- Tetapkan Garis Antara Pilihan Baik vs Buruk
- Dengar Kata Hati
- Bayangkan Masa Anda Adalah Duit
- Tegas Dengan Keputusan
- Tidak Buat Keputusan Yang Akan Merugikan
Kesimpulannya, jangan biarkan masalah di kepala anda seharian dibawa ke tempat tidur. Selesaikan secepat mungkin.
Kalau anda tak boleh pilih, maka jawapannya sentiasa tidak.
Akan tetapi, jangan bertaruh hidup dan nasib dengan keputusan yang memerlukan masa yang lebih lama untuk difikirkan.
Keputusan yang dibuat orang terbijak pun, ada kebarangkalian tinggi untuk salah.
Memetik kata Warren Buffet, jika anda mahir dan pandai dalam satu hal, kemungkinan untuk anda betul hanya 6 dari 10.
Akan ada masa yang anda akan menyesal dengan pilihan yang diambil.
Tapi itulah hidup.
Satu proses yang akan mematangkan cara anda berfikir dan cara anda pandang satu dimensi dalam hidup.