Cara Untuk Grow Dan Kuasai Tahun 2025

Mehmed Aezhad
3 min read5 days ago

--

Sebenarnya perasaan ‘down’ dan merendah diri yang kita kerap rasa itu boleh jadi gara-gara kita merasa sesat (loss), rasa ketinggalan dalam pertandingan kehidupan dan langsung tidak tahu cara untuk grow.

Dalam buku The Art of Thinking Clearly, Rolf Dobelli ada menyatakan :

“Kita secara sistematik berbangga dengan pengetahuan yang kita ada dan memandang rendah akan ketidakpastian dalam hidup.”

Dengan kemampuan yang kita ada, seringkali kita merasa mampu berdepan dengan apa sahaja halangan. Sampailah halangan itu menghentam kita secara realiti.

Ada yang merasakn, masalah baru boleh diselesaikan dengan solusi lama. Hakikatnya tidak. Setiap fasa baru dalam hidup memerlukan solusi yang berbeza dan jauh lebih kompleks.

Semakin tinggi liabliti kau dalam pemikiran, semakin kompleks solusi dan spektrum yang kau perlu ambil kira.

Seperti yang ditulis Ryan Holiday dalam buku The Obstacle is The Way

“We’re often told that we must ‘overcome’ obstacles, but the reality is that obstacles are our path.”

Sakit dan kemarahan yang membuak dari dalam diri dalam proses pertama mempelajari benda baru dalam hidup itu perlu. Dan pasti akan dilalui oleh semua orang. Tak ada orang yang dilahirkan terus bijak, pandai buat bisnes, terus kaya, ada kereta besar dan segala-galanya.

Ada kesakitan, kemarahan, kekecewaan yang menjadi motivasi perubahan hidup.

Soalannnya, apa itu grow dalam hidup? Dan perlukah kita grow sedangkan kita berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Benarkah, jika kita dah satu tahap dalam hidup yang membanggakan, kita dah boleh berehat, bersantai dan bersara?

Baca : Cara Buat Keputusan Lebih Cepat Tanpa Buang Masa

Apa Itu Grow?

Grow dalam konteks kehidupan tak pernah satu kebetulan. Tapi, hasil dari motivasi, usaha dan disiplin yang kita lakukan dalam hidup.

Acap kali, kita akan jumpa beberapa halangan dalam memajukan diri sendiri. Tapi, setiap halangan itu adalah asbab kita grow.

Mustahil untuk kita berubah dalam semua spektrum kehidupan. Kita… mungkin cuma grow dalam satu dimensi dalam kehidupan sahaja. Tapi, itu jauh lebih baik dari langsung tidak grow.

Kenapa Perlu Grow?

Saat kau berhenti untuk grow adalah permulaan untuk kematian kau dalam kehidupan. Kekal statik dalam satu fasa yang lama umpama katak yang duduk dalam lopak air yang keruh. Hanya akan memburukkan diri sendiri.

Akan tetapi, duduk statik dalam satu fasa dalam kehidupan juga tidak bermakna kau tidak grow. Ada fasa dalam kehidupan yang memaksa kita untuk berundur dan berehat sebentar untuk audit diri sendiri.

Aku pernah beberapa kali melalui fasa ini dalam refleksi perjalanan aku sebagai seorang anak, bapa, suami dan solopreneur.

Dalam bahasa mudah, grow adalah satu perubahan akar yang kecil, tetapi dilakukan berulang kali.

Oleh kerana dalam hidup, kita jarang-jarang dapat peluang yang besar. Boleh jadi kita dapat 2–3 kali peluang besar dalam hidup. Perubahan hidup yang kita dapat cenderung kerana perubahan yang kita buat dalam hidup.

Salah Faham Dalam Potensi Diri

Ramai yang mati sebelum mati. Mati sebelum mati bermaksud, mereka tidak pernah jumpa dan tahu pun potensi diri mereka. Mereka hanya jalani hidup seperti biasa. Apa sahaja yang luar biasa dianggap tidak bagus.

Takdir hidup dalam tubuh seorang manusia itu bergantung kepada apa yang kau jadi.

Kalau kau jadi sial, maka sial-lah takdir itu. Begitu juga sebaliknya.

Aku secara peribadi percaya, potensi diri bukanlah sesuatu yang kita jumpa satu hari selepas bangun dari tidur. Tapi, satu benda yang kita sendiri bentuk dan bina untuk diri sendiri.

Bahkan dalam dunia sukan sendiri pun telah dibuktikan yang bakat tanpa disiplin tidak akan menjadikan kau berjaya. Tapi, kerja keras dan disiplin yang menjadikan siapa LeBron James hari ini.

Baca : Kehidupan Seharian LeBron James

Cara Untuk Grow & Kuasai Tahun 2025

  1. Tetapkan kau nak capai apa dalam tahun 2025.
  2. Apa yang nak dicapai itu tepat tak dengan nilai hidup?
  3. Set benda kecil perlu dicapai untuk capai benda terbesar
  4. Letak masa, hari dan tarikh bila kau ncapai benda itu
  5. Obses dengan proses bukan dengan goal kau target
  6. Buat balik bila kau silap, lambat, leka dsbnya.

Walhasil, mesej utama aku nak ketengahkan adalah, apa yang dicapai itu adalah hak mutlak dan kebanggaan kau sendiri. Aku tak tahu apa kau nak capai, dan kau pun tak tahu apa aku nak capai. Tapi, kita ada satu benda common ; nak kuasai 2025.

Kalau kau baca tulisan ini di pertengahan tahun atau di hujung tahun sekalipun, tak mengapa.

Kita bersaing dengan berperang dengan diri sendiri. Bukan dengan influencer media sosial.

Aku habiskan banyak masa untuk tulis kompilasi panduan rutin hidup dalam blog ini. Boleh baca dan ambil mana-mana bahagian yang baik untuk hidup. Semoga berjaya-lah!

--

--

Mehmed Aezhad
Mehmed Aezhad

Written by Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.

No responses yet