Member-only story

Cara Untuk Jadi Specialist Dalam Masa 9 Bulan

Mehmed Aezhad

--

Dulu : Belajar 4 tahun untuk kerja sampai pencen.

Sekarang ; Belajar 9 bulan untuk kerja 4 tahun & repeat.

Sebelum saya buat keputusan untuk jadi specialist dalam digital marketing, saya hadapi tiga masalah ini :

  • Tak tahu cara nak jadi specialist
  • Hilang arah tuju pada usia 25 tahun
  • Nak tingkatkan status social (baca : taraf hidup)

Menjadi digital marketer di Lembah Klang bermaksud saya perlu bersaing dengan ramai otai-otai internet marketer, digital marketer dari agensi dan freelancer digital marketer.

Perkara ini sebenarnya meresahkan kerana majikan sentiasa boleh cari pengganti saya dalam masa kurang 30 hari.

Jadi, saya tahu saya perlu buat sesuatu. Sesuatu yang besar untuk tambah skill, jadikan diri saya unreplacable dan naikkan taraf hidup saya.

Dan saya pilih untuk menjadi specialist dalam content marketing pada tahun 2018 dan sekali lagi membuat anjakan paradigma dengan menjadi specialist dalam SEO pada tahun 2022.

Apa Itu Specialist?

Specialist adalah orang yang pakar dalam satu pekerjaan, aktiviti atau bidang pengajian.

Mereka diperlukan oleh masyarakat untuk selesaikan masalah yang lebih kompleks yang memerlukan kepakaran dan pengalaman yang lebih detail.

Kenapa Kena Jadi Specialist?

Saya pernah ditanya oleh mentor digital marketing saya, kenapa buat keputusan untuk jadi specialist.

Saya tak ingat apa jawapan yang saya beri pada beliau.

Walhasel, beliau beritahu saya ada tiga sebab kenapa saya perlu jadi specialist secepat yang mungkin.

  • Kurang Persaingan
  • Bayaran Yang Lebih Setimpal
  • Selesaikan Masalah Kompleks

--

--

No responses yet