Curi ‘Trust’ Pelanggan Dalam 10 Saat

Mehmed Aezhad
3 min readApr 30, 2023

Tidak sedikit penjual dan usahawan yang hadapi masalah jual produk baru yang orang tak kenal.

Brand yang baru setahun jagung tiada social proof yang boleh memotivasikan prospek untuk membeli.

Bila tiada pelanggan, maka tiadalah testimoni yang disandarkan pada produk itu.

Prospek yang berminat pula rasa was-was dan takut dengan tahap keberkesanan itu ekoran tiada orang yang pernah membeli dan guna produk anda.

Bahkan, carian terbanyak di Google jika tidak mendatangkan apa-apa maklum balas yang signifikan.

Prospek perlukan diyakinkan dengan mata kepala mereka bahawa produk itu akan memberi perubahan hidup pada mereka.

Selagi mereka tidak diyakinkan, jangan harap mereka akan campak duit kepada kita.

Ini adalah psikologi biasa manusia. Apa yang menarik, manusia ini predictable.

“Lebih rendah risiko, lebih tinggi kepercayaan mereka.”

Contohnya, SK-II, Honda dan Durex adalah tiga brand yang berjaya dapat kepercayaan audiens & prospek kerana ketiga-tiga brand ini berjaya memberi perubahan hidup yang signifikan pada pelanggan mereka.

--

--

Mehmed Aezhad
Mehmed Aezhad

Written by Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.

No responses yet