Member-only story
Curi ‘Trust’ Pelanggan Dalam 10 Saat
Tidak sedikit penjual dan usahawan yang hadapi masalah jual produk baru yang orang tak kenal.
Brand yang baru setahun jagung tiada social proof yang boleh memotivasikan prospek untuk membeli.
Bila tiada pelanggan, maka tiadalah testimoni yang disandarkan pada produk itu.
Prospek yang berminat pula rasa was-was dan takut dengan tahap keberkesanan itu ekoran tiada orang yang pernah membeli dan guna produk anda.
Bahkan, carian terbanyak di Google jika tidak mendatangkan apa-apa maklum balas yang signifikan.
Prospek perlukan diyakinkan dengan mata kepala mereka bahawa produk itu akan memberi perubahan hidup pada mereka.
Selagi mereka tidak diyakinkan, jangan harap mereka akan campak duit kepada kita.
Ini adalah psikologi biasa manusia. Apa yang menarik, manusia ini predictable.
“Lebih rendah risiko, lebih tinggi kepercayaan mereka.”
Contohnya, SK-II, Honda dan Durex adalah tiga brand yang berjaya dapat kepercayaan audiens & prospek kerana ketiga-tiga brand ini berjaya memberi perubahan hidup yang signifikan pada pelanggan mereka.
5 Cara Curi ‘Trust’ Pelangggan Dalam 10 Saat
Ikut step-by-step di bawah dengan tenang dan teliti jika anda serius ingin membunuh segala mitos, was-was dan perasaan takut prospek.
- Money Back Guarantee
Tawarkan money back guarantee kepada semua pelanggan yang beli produk anda tapi tidak dapat hasil yang dijanjikan dalam satu tempoh masa.
Ini langkah berani yang perlu diambil untuk dapatkan kepercayaan prospek.