Kalau Semua Orang Nak Jadi CEO, CEO Nak Jadi Apa?
Sejak beberapa tahun kebelakang, pernyataan ini semakin popular di kalangan golongan kelas pekerja dan pemain bisnes.
Ada yang berpandangan, bukan semua orang boleh jadi seorang CEO. Pandangan ini sebenarnya tidak salah.
Dalam sudut lain, ada golongan yang mengambil pandangan berbeza dan percaya semua orang boleh jadi CEO.
Apa salahnya menjadi CEO?
Kenapa tak boleh jadi CEO? Dan, apa halangannya?
Siapakah yang akan tersakiti jika pekerja A-Talent yang berbakat, berdedikasi dan mempunyai impian ingin menjadi wirausahawan?
Sebenarnya, saya secara peribadi tidak nampak ada masalah jika ramai orang ingin memilih jalan menjadi solopreneur atau CEO kepada perusahaan kecil mereka.
Jumlah pengguna dan pembeli tidak akan pernah berubah.
Adakah pengguna pampers untuk bayi newborn akan berkurangan jika semakin ramai usahawan di Kelantan?
Atau, adakah permintaan untuk asam pedas ikan pari di Melaka merudum kerana semakin ramai solopreneur di Melaka?
Jawapannya, tidak.
Di Monaco yang mempunyai jumlah jutawan dan billionare teramai di dunia jika tiada masalah itu.
Yang tersakiti, tentunya ego orang-orang yang ingin memiliki bakat dalam industri tersebut secara in-house.
Menjadi CEO Adalah Hidup Yang Berdaulat
Dalam buku Company of One tulisan Paul Jarvis, beliau menghuraikan panjang lebar betapa dunia telah berubah dan idea menjadi majikan kepada diri sendiri atau majikan kepada beberapa orang specialist adalah norma baru.
Selain itu, buku tulisan Tim Ferris The 4-Hour Work Week juga secara agresif mempromosikan idea “lifestyle design” dan membangkang idea bekerja dengan satu organisasi sampai anda bersara.
Tulisan ini bukanlah untuk menggalakkan anda menjadi CEO GLC atau CEO korporat, sebaliknya menjadi CEO kepada diri sendiri atau dalam kata lain; hidup dengan berdaulat untuk diri sendiri dengan potensi & skill yang anda miliki.
Seperti yang kita semua ketahui, Malaysia ada masalah :
- Isu perolehan gaji yang rendah
- Harga rumah tidak seiring dengan gaji
- Gaji entry level yang rendah berbanding kelayakan
Itu belum diambil kira;
- Kesukaran mencari pekerjaan
- Kesukaran mendapat majikan yang bagus
- Kesukaran bekerja dengan gaji yang bermaruah
Ketiga-tiga masalah ini adalah isu wang (cash) yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan bekerja dengan orang.
Solusi untuk masalah ini adalah dengan menjadi wirausahawan atau sekurang-kurangnya solopreneur dengan menjual produk atau menjual skill dan potensi diri yang anda miliki.
Perubahan Pada Cara Manusia Bekerja
Sebelum tahun 1760, manusia memang hidup secara berdaulat dengan bekerja sendiri dengan skill dan potensi diri untuk diri sendiri.
Di antara tahun 1760–1840, landskap sosial dan ekosistem manusia telah berubah secara total.
Segalanya berbuah selepas manusia menemui teknik untuk membuat produk tanpa menggunakan tenaga manusia;mesin.
Apa kebaikan dari penemuan ini?
- Kos pengeluaran produk menjadi lebih rendah
- Syarikat boleh gandakan jumlah pembuatan produk
- Perubahan demografi manusia dari bertebaran ke berpusat
Saat itu, jika anda seorang pembuat pinggan mangkuk, adalah jarang untuk anda bekerja dengan syarikat yang membuat pinggan mangkuk.
Masyarakat akan membeli pinggan mangkuk hasil tangan anda secara pre-order dan custom made jika perlu. Tiada masalah lambakan pinggan mangkuk yang tidak terjual yang memerlukan promosi buy 1 free 1 atau free shipping untuk melariskan jualan.
Bau-bau kapitalis yang ada ketika itu barangkali, seorang pembuat pinggan mangkuk yang menggajikan 5–10 orang pekerja. dan selepas 5 tahun, pekerja itu menjadi pembuat pinggan mangkuk di tempat masing-masing samada pulang ke kampung halaamn atau berhijrah ke tempat baru.
Barangkali, yang risau jika anda memilih jalan usahawan adalah golongan 1% yang hanya akan memandang kita seabgai hamba moden yang boleh dibuat semahunya dan dibayar gaji tidak bermaruah.
Menjadi CEO Kepada Diri Sendiri
Soalnya, bolehkah kita menjadi CEO secara solopreneur dan bergerak sendiri tanpa perlu ada liabiliti?
Dan, perlu ke grow tanpa exponential growth seperti korporat dan tetap menjadi profitable?
Jawapannya, ya.
Caranya, gunakan teknologi yang ada di tangan dan pelajari skill baru.
Kedua, belajar cara urus shallow work dan deep work anda.
Untuk rekod, manusia tak perlu bekerja terlalu lama. ada yang bekerja 12 jam — 16 jam sehari. Ini satu kegilaan.
Anda perlu kenal waktu paling produktif dan susun waktu untuk buat kerja yang tidak produktif.
Jalan yang anda pilih mungkin kurang popular. Pilihan yang anda pilih mungkin tidak difahami orang terdekat dan jangan risaukan benda yang anda tidak pelru risaukan sama sekali.
“Apa yang anda perlu adalah : buat.”
Salurkan tenaga dan emosi ke tempat yang betul : contohnya ;
- Cara berdepan dengan prospek dan pelanggan
- Cara dapatkan 10 pelanggan pertama syarikat anda
- Cara buka syarikat dengan betul & bertanggungjawab
- Cara selesaikan masalah masyarakat dengan efektif & efisien
Walhasil, kalau anda nak jadi wirausahawan, jadi sahaja.
Atlet yang bagus tidak akan merendahkan orang yang baru bersenam.
Doktor yang profesional tidak akan memperkecilkan pelajar jurusan kedoktoran.
Usahawan yang buat jutaan ringgit, tidak akan memandang enteng peniaga online.
Duduk dalam circle yang betul dan belajar dari orang yang dah berjaya capai objektif yang anda inginkan.
Peringatan : Cari tujuan hidup anda dengan kenal pasti apa yang buat anda gembira dan sambutnya saat ia sampai kepada anda.
Jadilah diri kau, yang kau inginkan selama ini.