Legasi Lelaki Bermula Dengan Komuniti
Satu fakta yang kita tak boleh nafikan hari ini adalah, dunia perlukan lebih ramai orang-orang yang baik. Untuk lahirkan orang yang baik dengan lebih ramai, kita (baca : lelaki) perlu jadi insan tersebut dan jadi panutan, idola dan mentor pada lelaki dan bakal lelaki dewasa yang lain.
Di saat ini, orang jahat semakin ramai kerana diamnya orang-orang baik. Dan orang yang sekurang-kurangnya mencuba menjadi orang yang baik, malangnya tiada panutan dan panduan ‘real-time’ yang tepat.
Aku bukan menafikan yang di sekitar kita tak ada orang yang baik, isunya adalah, nak cari orang baik yang boleh beri inspirasi pada orang lain itu terlalu sedikit.
“Kebaikan disenyapkan dan kejahatan dilayar luaskan.”
Aku perasan sejak dahulu, kita semua bukanlah kurang ilmu. Type sahaja di Google sebarang permasalahan yang kau hadapi, bermula dengan sekecil-kecil masalah seperti punca rambut gugur sehingga ke isu makro seperti ekonomi, politik, falsafah dan sejarah semuanya ada jawapan.
Bahkan, kau sendiri akan terkejut dengan betapa banyaknya lambakan ilmu percuma yang kau akan jumpa kelak dengan keyword yang betul. Sampai generasi kita ada masalah ‘content-fatigue.’
Sebenarnya, apa yang kurang adalah teladan. Dan lelaki perlukan idola, mentor dan panutan yang baik. Bukan…