Member-only story

Legasi Lelaki Bermula Dengan Komuniti

Mehmed Aezhad

--

Satu fakta yang kita tak boleh nafikan hari ini adalah, dunia perlukan lebih ramai orang-orang yang baik. Untuk lahirkan orang yang baik dengan lebih ramai, kita (baca : lelaki) perlu jadi insan tersebut dan jadi panutan, idola dan mentor pada lelaki dan bakal lelaki dewasa yang lain.

Di saat ini, orang jahat semakin ramai kerana diamnya orang-orang baik. Dan orang yang sekurang-kurangnya mencuba menjadi orang yang baik, malangnya tiada panutan dan panduan ‘real-time’ yang tepat.

Aku bukan menafikan yang di sekitar kita tak ada orang yang baik, isunya adalah, nak cari orang baik yang boleh beri inspirasi pada orang lain itu terlalu sedikit.

“Kebaikan disenyapkan dan kejahatan dilayar luaskan.”

Aku perasan sejak dahulu, kita semua bukanlah kurang ilmu. Type sahaja di Google sebarang permasalahan yang kau hadapi, bermula dengan sekecil-kecil masalah seperti punca rambut gugur sehingga ke isu makro seperti ekonomi, politik, falsafah dan sejarah semuanya ada jawapan.

Bahkan, kau sendiri akan terkejut dengan betapa banyaknya lambakan ilmu percuma yang kau akan jumpa kelak dengan keyword yang betul. Sampai generasi kita ada masalah ‘content-fatigue.’

Sebenarnya, apa yang kurang adalah teladan. Dan lelaki perlukan idola, mentor dan panutan yang baik. Bukan teladan yang sempurna.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, kenapa lelaki kena berkomuniti? Tak boleh kah kita hidup bersendirian tanpa perlu berdepan dengan emosi dan kekusutan menghadap dan menyelesaikan masalah orang lain?

Sebenarnya, boleh. Tapi kau tak akan mampu bertahan lama. Lelaki dilahirkan untuk memimpin, untuk berjuang dan untuk berperang.

“Berhenti argue tentang tugas dan apa yang patut seorang lelaki jadi. Jadilah lelaki itu!”

5 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Berkomuniti

Jadi Lelaki Yang Lebih Baik

Seperti yang aku tulis di atas, dunia perlukan lebih ramai lelaki kerana dunia hari ini kekurangan lelaki.. Kita perlukan lelaki yang sanggup maju ke hadapan, membina komuniti dengan kepimpinan yang bagus untuk dicontohi. Dengan komuniti, tanggungjawab seorang lelaki akan diuji secara live…

--

--

No responses yet