Manusia vs AI : Salah Faham Dalam Konteks Marketing

Mehmed Aezhad
3 min read5 days ago

--

Sejak AI jadi bahan bualan utama dalam dunia marketing, ramai yang mula risau :

“Kalau AI boleh buat copywriting, design, idea content… habislah kita?”

Pekerja marketing rasa terancam dan founder pula fikir boleh buang team dan ganti semua dengan ChatGPT. Ada yang siap anggap semua akan jadi automatik — tinggal prompt dan tekan butang sahaja.

Tapi hakikatnya, tak semudah tu.
Kita kena bezakan antara hype dan realiti.

Soalannya sekarang :

“AI akan ganti manusia ke, atau manusia yang tak belajar guna AI yang akan diganti?”

2025 : Marketing Berevolusi

Kalau kita tengok dunia marketing hari ini, semua dah berubah — dan akan terus berubah lebih laju menjelang Q4 2025 dan seterusnya.

Kita takkan mampu halang teknologi. Kita cuma mampu beradaptasi dengan teknologi.

Perubahan utama yang tengah berlaku:

  • Ads copy, design idea, headline boleh dapat dari AI.
  • Content sekarang bukan hasil tangan manusia semata-mata.
  • AI boleh hasilkan sebuah landing page SEO-friendly dalam 5 minit.
  • Report mingguan? AI boleh auto generate dengan dashboard cantik.

Tapi jangan silap faham. Marketing bukan sekadar output.

Marketing : Tentang faham siapa audience kita, cara nak engage mereka, dan bagaimana nak solve masalah mereka.

Dan semua proses ini — AI belum cukup “manusia” untuk faham, apatah lagi hasilkan output yang boleh terus diguna pakai dalam kehidupan sebenar.

Salah Faham Ramai Orang Tentang AI

Kita kena betulkan satu perkara — banyak sangat salah tafsir pasal AI dalam masyarakat sampaikan founder & marketer sendiri gagal faham konteks.

1. AI akan gantikan semua orang

Fakta: AI cuma ganti kerja yang berulang, leceh, renyah teknikal, dan tanpa konteks.

Contoh: Susun data, buat draft awal, check grammar.

Tapi kerja yang perlukan judgment, komunikasi dan kreativiti — masih perlukan manusia.

2 Semua kerja marketing akan pupus

Realitinya, kerja marketing tak pupus. Tapi cara kita buat kerja tu akan berubah.

Yang tak nak belajar guna AI — itulah yang akan terpinggir.

3: AI buat semua proses jadi auto

Tak juga. Prompt buruk = hasil buruk.
AI ibarat intern yang laju tapi tak tahu arah.Kita yang kena bagi direction.

Kesimpulannya, AI tak ganti manusia. AI ganti manusia yang tak nak evolve. AI ni bukan musuh — tapi alat. Kalau guna dengan cara yang betul, memang banyak kerja jadi lebih ringan, laju dan konsisten.

A. Untuk Founder / Owner

  1. Nak analyze customer data? AI boleh highlight pattern & trend.
  2. Takde idea buat post? AI boleh bagi spark, tinggal polish sahaja.
  3. Nak buat content calendar? AI boleh bagi struktur ikut jenis bisnes.
  4. Nak buat plan marketing? Boleh minta AI bantu rangka strategi awal.

B. Untuk Marketer

  1. Boleh draft copy awal — dari blog ke ads.
  2. Boleh buat A/B testing dengan variasi yang lebih banyak.
  3. Idea headline, CTA, hook semua boleh keluar dalam 5 minit.
  4. Automate task remeh — boleh fokus pada creative thinking & strategy.

AI bukan ambil kerja kita — dia buang kerja repetitive supaya kita boleh buat kerja yang lebih besar impak.

Kesimpulan

Naval pernah tulis :

“The winners of the AI age will be those who are good at using AI, not those replaced by it.”

Dan Shaan Puri juga pernah tulis yang :

“AI doesn’t kill jobs. People using AI will replace people who don’t.”

Makanya, kalau anda owner bisnes : belajar guna AI untuk susun pasukan dan strategi. Kalau anda marketer : jadikan AI sebagai assistant, bukan pengganti. Kalau anda creator : AI bukan musuh, tapi sparring partner.

Akhirnya, yang kalah nanti bukan sebab AI terlalu hebat. Tapi sebab kita sendiri yang tak nak adapt dan belajar guna AI untuk produktiviti.

Nak kekal relevan dalam dunia marketing lepas 2025? Belajar guna AI. Faham kat mana AI patut bantu kerja anda. Dan jangan takut — sebab idea besar, empati dan judgement, semua itu tetap perlukan daya fikir seorang manusia.

AI hanyalah tools, macam kita pakai Google Docs & Canva.

--

--

Mehmed Aezhad
Mehmed Aezhad

Written by Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.

No responses yet