Marketing Untuk Bisnes Makanan di Malaysia (2022)

Mehmed Aezhad
8 min readFeb 1, 2022
Masalah sebenar & solusi bisnes makanan supaya kekal relevan 1,000 tahun lagi.

Bercakap soal “makan” di Malaysia, budaya makan di Malaysia ini sebenarnya patut dipuji.

Rakyat Malaysia dari segenap bangsa, kaum, latar belakang dan geografi sangat bernafsu soal makan.

Mana mungkin anda boleh jumpa sebuah negara yang meraikan 4 jenis makanan yang berbeza?

Di Malaysia, tidak sukar untuk anda mencari menu makanan :-

  1. Masakan dari kaum Melayu
  2. Masakan dari kaum Cina
  3. Masakan dari kaum India
  4. Western

Budaya “orang kita” memang gemarkan aktiviti foodhunting dan sanggup memandu berjam-jam hanya untuk sepinggan Nasi Kandar dan Laksa!

Rakyat Malaysia sedang beratur panjang untuk mendapatkan nasi kandar di waktu tengah hari. — Georgetown, Pulau Pinang
Kredit Imej : Milo Suam

Kalau kita tengok data dari Ubersuggest berkaitan keyword ‘makanan viral’, ada 2,400 monthly search di Google sepanjang Januari 2021 — Disember 2021.

‘Makanan viral’ di Malaysia mengikut carian bulanan platform Ubersuggest
Kredit Imej : Ubersuggest

Bukti ini sahaja sudah cukup jelas yang orang Malaysia sangat gemar makan.

--

--

Mehmed Aezhad
Mehmed Aezhad

Written by Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.

No responses yet