Member-only story
Perjalanan Menguasai Digital Marketing
Perjalanan aku menguasai digital marketing bermula apabila aku mengenali Deepak Kanakaraju.
Jauh sebelum aku mengenali Gabriel St-Germain, Andre Shaperon, Julian Shapiro, Noah Kagan dan Brian Dean.
Deepak Kanakaraju adalah mentor online aku dalam perjalanan menguasai digital marketing.
Semua artikel dan email list dia aku akan baca, sampai satu tahap aku berasa seolah-olah Deepak Kanakaraju sedang bercakap dengan aku bila aku baca tulisan-tulisan dia.
Sifat aku, bila baca mana-mana ciapan atau artikel yang bagus, aku akan tinggalkan komen positif buat penulis itu.
Aku bina tabiat ini saat terima email dari beliau.
Dan aku tahu, komuniti blogging akan jadi lebih kuat dengan sokongan dan dokongan dari pembaca yang terinspirasi dari tulisan mereka.
Usai baca email yang memberikan impak besar dan pemahaman dalam digital marketing, aku akan balas email itu.
Dia biasa akan membalas email aku selepas beberapa hari dengan nota pendek.
Aku mungkin bukan salah seorang peminat atau student online beliau di Malaysia.
Hatta sampai hari ini pun, Deepak Kanakaraju masih menjadi salah satu sumber inspirasi aku dalam digital marketing.
Kenapa?
Kerana dia adalah lelaki biasa dari Salem, Tamil Nadu yang berubah hidupnya dengan digital marketing.