Sitemap

SEO Untuk 2025 : Fokus 6 Benda Ini

4 min readJun 9, 2025

SEO adalah industri yang penuh dengan drama tidak berkesudahan. Update dari Google setiap tahun senantiasa menyesakkan dada pemain SEO bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Baru-baru ini pada pelancaran acara Google I/O 2025, ada beberapa perubahan radikal dalam cara Google mengaplikasikan informasi untuk pengguna Google. Dan perubahan ini bakal, mengubah cara fikir dan proses penghasilan konten dalam mazhab SEO buat selama-lamanya.

SEO bukan seperti pecahan direct response yang lain dalam digital marketing yang ada kursus dan modul yang lengkap dan inklusif.

Boleh dikatakan hampir semua orang yang bermula dengan SEO belajar dengan somebody yang ikut somebody di sosmed.

Saya sendiri pun belajar SEO pada tahun 2016 dari orang yang salah dan dia juga menurunkan ilmu yang salah dari sumber yang tiada pucuk pangkal.

Hakikatnya, akar umbi dalam mempelajari SEO adalah Google sendiri dan kita perlu beradaptasi dengan segala perubahan dan fungsi yang dikeluarkan oleh Google.

Dalam konteks 2025, saya telah kumpulkan beberapa elemen besar yang semua SEO Specialist perlu fokuskan. Boleh dikatakan, 90% gerak kerja dan cara fikir SEO yang kita semua gunakan, kurang relevan.

Soalannya, adakah SEO sudah mati? Adakah SEO membawa trafik dan jualan seperti dulu? Jawapannya, ya dan tidak.

Ya, jika fokus kepada transactional keyword.

Tidak, jika kita masih lagi bergelumang dengan tradisional strategi seo seperti buat artikel listicle dan artikel “apa itu X”.

Maka, fokuslah kepada 6 benda ini dalam SEO untuk 2025 dan ke depan.

1. Jawapan Terus di Google = AEO (Answer Engine Optimization)

Hari ini, orang tak nak baca panjang-panjang. Mereka tanya Google, dan nak jawapan terus — bukan artikel 2,000 patah perkataan.

Dengan AI macam ChatGPT, Gemini, dan Claude, Google sendiri mula paparkan AI Overview (AIO). Jawapan ringkas yang terus petik isi dari website anda.

Start buat ini :

  • Tulis jawapan jelas dan terus ke poin.
  • Gunakan bullet points & struktur mudah faham.
  • Masukkan soalan user sebagai heading (contoh: “Apa beza prebiotik & probiotik?”)

Kenapa penting? Bila anda jawab dengan tepat, Google boleh petik artikel anda untuk serve di AI (AIO). Anda muncul dulu sebelum pengguna klik apa-apa! Tapi still, anda tak dapat sebarang share % dari clicks dan sales pun.

2. Voice Search & Google Lens

“Wei Google, dekat mana kedai nasi arab paling sedap dekat Bangi?”

Itu Voice Search. Dan bila orang snap gambar produk & cari di Google Lens — itu carian visual.

Start buat ini :

  • Fokus pada long-tail keyword (soalan panjang).
  • Tulis guna bahasa semula jadi, macam kita bercakap.
  • Letak alt text pada gambar + guna metadata yang jelas.
  • Gunakan schema markup supaya Google faham konteks konten.

3. User Experience (UX) & Core Web Vitals

Website mesti laju (below 3 seconds), mobile friendly dan tak berat bila load files. Kalau website anda masih lagi lembap dan kucar-kacir dengan sticky promo di homepage, lupakan sahaja ranking.

Start buat ini :

  • Guna image format WebP.
  • Website responsif (cantik di mobile).
  • Jangan ada elemen yang tiba-tiba ubah layout semasa loading.

Ini semua boleh test di GTMetrix atau PageSpeed Insights. Untuk baca data, tengok Google Search Console.

4. Naikkan Kredibiliti Author, Konten & Website

Google nak tahu, siapa penulis yang menulis tentang niche healtchare, kewangan ini. Adakah website itu ada cukup authority, credibility dan dipercayai?

“Kau siapa nak bagi aku nasihat pasal kesihatan dan duit aku dalam website ini?” — Begitulah bunyinya.

Start buat ini :

  • Letak biografi penulis — Background & pencapaian.
  • Backlink dari website ada autoriti dalam niche anda.
  • Update at least 15%-30% dari artikel anda monthly.

5. Search “Near Me”

Banyak lokal bisnes (yang customer kena walk-in) masih lagi tak reti nak optimize Google Business Profile.

54% customer untuk klinik, restoran, kedai, showroom kereta akan start cari di Google guna keyword “near me”.

Start buat ini :

  • Fokus naikkan jumlah review di Google setiap minggu.
  • Update Google Business Profile (boleh tengok di Youtube)
  • Guna Schema Markup untuk page yang ada location & product. (wajib)

6. Konten LLM-Friendly

LLM adalah singkatan untuk Large Language Model. Contohnya: ChatGPT, Gemini, Claude. semua ini LLM. Dan AIO ialah platform atau laman yang tulis semula content yang dihasilkan samada dengan AI atau untuk AI (LLM).

Content yang ada struktur yang baik, penuh data & fakta, LLM-friendly, pendek tak berjela dan ada human touch (emotion) akan lebih mudah featured di AI Overview snippet. Faham?

Start buat ini :

Tulis tajuk yang jelas & berfakta
• Rahsia Bisnes Dropship Laku Keras di Malaysia 2025

Guna format listicle / Q&A
• LLM suka struktur mudah scan & digest.
• Contoh: 5 Sebab Produk Anda Tak Laku di Shopee

Masukkan keyword local + trending.
• “TikTok Shop Malaysia”, “Perniagaan kecil 2025”

Gunakan ayat simple & direct.
• Jangan bunga-bunga. Fokus pada value.

Guna data, fakta & insight local.
• LLM utamakan sumber sahih & info berguna.

Masukkan soalan popular.
• Kenapa ramai gagal buat duit di TikTok Shop?

Elak hard-selling.
• Fokus educate bukan menjual solusi.

Kesimpulan

“SEO kedepan adalah solusi paling tepat, padat, sependek mungkin dari sumber yang dipercayai oleh penulis yang profilik.”

Metriks untuk SEO akan berubah. Brand mention akan jadi salah satu metrik penting dalam Google Search Console kelak.

Saya secara peribadi lebih suka fokuskan kepada conversion dari sudut sales kerana SEO sepatutnya jadi salah satu sales channel.

Ok, ini sahaja perkongsian setakat Jun 2025. Saya akan update dari semasa ke semasa.

Walhasil, apa sahaja strategi SEO yang bisnes kau gunapakai sekarang, boleh stop. Ini masa untuk rethink semula strategi baru.

--

--

Mehmed Aezhad
Mehmed Aezhad

Written by Mehmed Aezhad

Saya menulis artikel digital marketing dalam Bahasa Melayu untuk pembaca Medium di Malaysia.

Responses (1)